OneMan Studio Tm

OneMan Studio Tm
The one person animation crew presents

Miliki Koleksi Peribadi Novel, Lukisan dan Komik beserta CD Animasi

Email to



Abol_840625@yahoo.co.uk







Berkongsi pelbagai hasil karya seni dan grafik. Blog ini akan membawa anda menjelajah bersama One Man Studio ke alam seni grafik dan animasi Fantasia Lagenda Timur. Disini, anda juga akan berkongsi dengan pelbagai pengalaman menarik One Man Studio sepanjang usaha saya menghasilkan animasi ini. Anda jua dapat miliki koleksi lukisan peribadi, potret dan kad elektronik. Hantarkan permintaan anda kepada email ini. Anda juga boleh menulis cerita pendek / melakarnya untuk direalisasikan menjadi animasi yang menarik khas untuk anda dan ditujukan kepada individu tertentu.



Search This Blog

Monday, April 12, 2010

Sedutan Episod 1(part2) - Fantasia Lagenda Timur (Update 12/04)

Assalamualaikum wbt.

Berikut adalah sambungan kepada bahagian Introscene (Mac lalu) yang telah diUpload di Link YouTube ;

Lihat Link ini ;

http://www.youtube.com/watch?v=Zgdr1Slx0gA

Novel Fantasia Lagenda Timur

Bab 1 ; 7 Rahsia Timur

---Sambungan---

Kata-kata anak muda itu kemudiannya tenggelam oleh bunyi air laut yang menghempas pantai dan batuannya. Tebing tinggi yang tersergam apabila mendongak pandangan ke langit menyebabkan sinar mentari menembusi celah-celah batuan. Kedudukan tebing yang bersambung kemudiannya dengan sebuah bukit kecil yang terpencil daripada kunjungan manusia.

Kelihatan seorang lelaki dewasa berpakaian serba hijau dengan mukanya ditutupi topeng muka yang misteri. Tubuhnya yang tegap disandarkan kepada sebatang pohon rimba yang besar. Disekeliling pohon itu terdapat rumput rampai dan lalang yang meninggi setinggi manusia yang berdiri.Nyatalah, lelaki ini hadir di sebuah tempat yang amat jarang sekali dikunjungi oleh sesiapa.

Ia bergelar Sang Keris Warisan, salah seorang panglima Kesultanan Nusantara yang telah lama bersara dan berkelana sendiri sepanjang 10 lalu. Kini, dia muncul semula di sebuah bukit terpencil yang selalu dikunjunginya sewaktu bergelar hulubalang Nusantara dahulu bersama rakan-rakan seperjuangannya. Bukit ini digelar oleh kebanyakan orang sebagai Bukit Panglima Utama, tempat pertemuan para pewaris hulubalang sejak beratus tahun dahulu.

Bagaimanapun, jumlah para pewaris hulubalang semakin berkurangan seiring walaupun usia Kesultanan Nusantara semakin hari semakin 'tua'. Keberadaan Empayar Melayu ini seakan-akan 'menelan' hilang para hulubalangnya yang suatu ketika dahulu mencecah ratusan orang. Ini kerana kebanyakan mereka ada yang meninggalkan negeri dan ada juga yang terkorban sewaktu berjuang di medan perang. Kini, hanya tinggal puluhan sahaja para pewaris hulubalang dengan hampir kesemuanya adalah daripada golongan hulubalang muda.

Para hulubalang lama yang digelar Hulubalang Tua(masih berkhidmat dengan Sultan) hanya terdapat 4 orang sahaja. Mereka diketuai oleh Laksamana Ulung sendiri, Penjulang Nusantara, Tongkat Alam dan Sang Waja Utama. Sang Keris Warisan telah bersara dan kini menjadi pendekar biasa dikalangan rakyat jelata.

Dia terus tersandar di pohon rimba yang besar itu. Matanya memandang tepat ke sebuah belukar yang berada tidak jauh di depannya. Di sebalik belukar itu terdapat sebuah lubang yang dalam, kelihatan seperti sebuah perigi buta. Sang Keris Warisan kemudian bersuara

"Sudah lama aku tidak bertemu dengan abang di bukit ini"
"Tentu ada perkara penting yang ingin abang sampaikan kepadaku"

Sang Keris Warisan telah berbicara dengan seseorang yang berada di dalam perigi mati itu. Orang itu lantas menjawab pertanyaannya

"Adik,beberapa hari lagi aku akan berlayar ke Kepulauan Ryukyu itu untuk menyampaikan amanat baginda Sultan kepada Maharaja di sana"

Lelaki tersebut berpakaian kemas seperti seorang hulubalang yang berpengalaman. Daripada suara dan kata-katanya, nyatalah dia seorang yang penting kepada Sultan. Sedikit cahaya yang masuk ke perigi mati itu menyuluh raut wajah pahlawan itu, dan dialah yang dikenali sebagai Laksamana Ulung. Seorang pejuang dan ketua hulubalang negara yang sangat hebat serta disegani di seluruh Nusantara.

"Aku ingin adik membantu para hulubalang negara kita menjaga keselamatan dan keamanan"

"Baiklah abang,aku sentiasa sedia membantu"

"Ada seperkara lagi adik"

"Apakah ia wahai abangku?"

"Adik ambillah tiga keris panjangku ini, Keris Jentayu, Keris Waja dan Keris Sang Sapurba ini. Gunalah ia untuk mendidik anakku, Tun Biajid itu dengan hikmat Jalan Pedangmu itu"

"Aku juga ingin menyampaikan sebuah rahsia kepadamu"

"Apakah itu abang?"

"Ditempat aku berdiri ini merupakan sebuah gua yang berasal daripada perigi mati"
"Didalamnya terdapat ukiran dan perkataan-perkataan yang dibuat olehku bersama seorang sahabatku suatu ketika dahulu. Pada ukiran-ukiran perkataan ini, terkandung pelbagai perkara yang tidak boleh diketahui oleh Tun Biajid itu"

Mendengar kata-kata Laksamana Ulung ini, Sang Keris Warisan mencelah lagi

"Apa maksudnya abang?Aku kurang mengerti"

Dia kurang mengerti akan perkaitan Tun Biajid dengan ukiran perkataan-perkataan itu. Sambil tertanya-tanya mengapa Tun Biajid harus dijauhi daripada mengetahui kewujudan serta kandungannya.

"Aku tidak dapat memberitahu mu pada saat ini, tetapi sekiranya sampai saat diketahui oleh Tun Biajid itu, berbagai-bagai bencana dan perkara buruk akan melanda tanahair kita ini."

"Dia itu telah kubesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatianku. Jadi, untuk saat ini, aku mahu adik berjanji bahwa adik akan memikul amanah yang aku tinggalkan ini dengan cara yang terbaik"
"Berjanjilah adik"

Mendengar permintaan abang seperguruan dan sahabat tua yang amat dihormati serta disayanginya itu, Sang Keris Warisan tanpa perasaan ragu berjanji akan memikul amanah yang diberikan dengan sepenuh tanggungjawabnya.

"Baiklah abang, janganlah abang risau, aku berjanji"

----Bersambung-----

No comments:

Post a Comment