OneMan Studio Tm

OneMan Studio Tm
The one person animation crew presents

Miliki Koleksi Peribadi Novel, Lukisan dan Komik beserta CD Animasi

Email to



Abol_840625@yahoo.co.uk







Berkongsi pelbagai hasil karya seni dan grafik. Blog ini akan membawa anda menjelajah bersama One Man Studio ke alam seni grafik dan animasi Fantasia Lagenda Timur. Disini, anda juga akan berkongsi dengan pelbagai pengalaman menarik One Man Studio sepanjang usaha saya menghasilkan animasi ini. Anda jua dapat miliki koleksi lukisan peribadi, potret dan kad elektronik. Hantarkan permintaan anda kepada email ini. Anda juga boleh menulis cerita pendek / melakarnya untuk direalisasikan menjadi animasi yang menarik khas untuk anda dan ditujukan kepada individu tertentu.



Search This Blog

Wednesday, March 24, 2010

Intro-Scene ; Episod 1 ; 7 Rahsia Timur



Assalamualaikum wbt

Kini, Scene Introduction bagi Episod 1 ; Fantasia Lagenda Timur berjudul '7 Rahsia Timur' telah diUpload di YouTube menerusi Link berikut.




Video ini ;






Novel Fantasia Lagenda Timur


Bab 1 ; 7 Rahsia Timur



Suasana pagi di sebuah desa nelayan yang terletak tidak berapa jauh daripada kesibukan kota pelabuhan amat menenangkan jiwa. Deruan ombak yang menghempas pantai dan batuan ibarat irama yang sentiasa besilih ganti dengan kocakkan air yang menyentuh tepian. Kicauan burung dan lambaian daunan pohon kelapa seolah-olah tidak mahu ketinggalan untuk menambah seri irama pagi ini.








Seorang anak muda bermain origami berbentuk kapal di gigi air laut. Anak ini kelihatan sangat gembira kerana origami tersebut adalah pemberian teman istimewanya. Menyedari semakin jauh kapal kertasnya ditarik air ketengah, anak ini berkejar mendapatkannya.




"Ish, dah terlalu lama ia di air, pasti basah nanti"



"Aduh...kan betul, habis basah dah.."



Sambil ia membelek-belek kapal kertas itu, anak muda tersebut didatangi oleh seorang asing yang bertubuh besar. Orang tersebut memakai jubah hitam dan selubung kepala bewarna hijai gelap yang menutupi seluruh kepala dan wajahnya.








Ia lalu menegur anak muda itu dengan panggilan "anak"



"aku ini datang dari Barat itu. Aku membawa bersamaku sekeping besi hikmat"



Selesai ia bersuara, sekeping besi berbentuk bulat seumpama matawang secara perlahan-lahan terapung dihadapan anak muda itu. Anak itu sangat kagum sehingga kedua-dua matanya terbeliak besar dan mulutnya ternganga lebar. Ia sangat kagum dan terkejut dengan kejadian aneh yang berlaku dihadapan matanya itu.







"Sekarang, cuba kau buka genggaman tanganmu dan tadah kepingan ini"



Anak muda itu seakan-akan dipukau dan menadah tangannya seperti yang diarahkan oleh lelaki asing tersebut.Perlahan-lahan kepingan itu turun dengan sendirinya ke dalam telapak tangan anak muda itu. Dengan perasaan yang penuh tanda tanya, ia kemudiannya dapat melihat kepingan itu bekedipan dengan sebuah ukiran halus dan perkataan jawi tertulis padanya.



"Nak, sekarang aku mahu kau tenung sedalam-dalamnya ukiran pada kepingan hikmat ini dan mulalah bercerita kepadaku tentang dunia timur ini dan serba sedikit keistimewaannya"


Anak muda yang semakin kelihatan seperti dipukau itu lantas berbicara kepada orang asing tersebut dengan nada yang sedikit keras tetapi jelas.






"Di Timur ini, terdapat sebuah Empayar yang dinamakan Kesultanan Melayu Nusantara. Ia merupakan sebuah empayar yang kuat dan disegani oleh empayar timur yang lain ketika ini. Dengan pelabuhan perdagangan yang maju,pusat perkapalannya yang hebat, struktur pemerintahan yang berwibawa serta masyarakatnya yang terjaga rapi, segala-galanya amat sempurna bagi empayar ini"


"Namun, disebalik gerbang istananya, banyak rahsia dan misteri yang tersembunyi. Rahsia-rahsia inilah yang menjadi nadi kecemerlangan empayar mereka"


---Bersambung----










No comments:

Post a Comment