




Assalamualaikum wbt...
Kali in sedutan kita daripada E-Komik adalah berkenaan isu 'doktor jadi-jadian'
Bagi saya, selaku pelajar jurusan perubatan, kerjaya doktor meupakan kerjaya yang mempunyai peluang paling banyak untuk membuat kebaikan dan pahala. Ini kerana, doktor adalah individu yang paling banyak berinteraksi dan berhadapan dengan pelbagai jenis keadaan manusia, daripada sebelum lahir (dari benih, perihal kelahiran, mengandung suma lah..) hinggalah usia tua dan meninggal dunia. Doktor juga melayani semua jenis martabat manusia, daripada seorang raja yang paling tinggi hinggalah ke peringkat rendah dalam golongan masyarakat.
Tiada batasan bagi doktor, semuanya perlu dihadapi kerana semuanya adalah manusia yang boleh sihat, boleh juga sakit. Justeru, kerjaya seorang doktor memerlukan kejujuran, keikhlasan dan jiwa sejati untuk membantu yang memerlukan.
Namun, tidak kurang juga para doktor dan bakal doktor hari ni yang mempunyai pemikiran yang agak 'sumbang' daripada matlamat sebenar menjadi seorang doktor. Ada yang nak jadi doktor sebab 'banyak duit'. Sebab diorang fikir apabila jurusan ni 'standard', high class...diorang rasa banyak duit bleh buat dengannya. Memang betul, tapi itu untuk mereka yang ada hati nak 'ketuk poket' orang yang dalam kesakitan dan memerlukan.
Doktor dan bakal doktor yang macam ni bukan saja takda perikemanusiaan, malah mereka ni juga susah nak dibentuk oleh masyarakat sekeliling atau rakan-rakan doktor yang faham. Ini kerana , mereka percaya bahwa menjadi seorang doktor, belajar medik...'aku lebih pandai daripada orang lain'...lebih bijak dan tahu semua benda.
Kesian, sebab adanya mereka ni lah, ada pesakit yang sepatutnya bleh diselamatkan, akhirnya meninggal dunia atau bertambah kronik. Moga kita dijauhkan daripada menjadi doktor yang macam tu atau dijauhkan daripada dirawat oleh 'doktor jadi-jadian' ini.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment