OneMan Studio Tm

OneMan Studio Tm
The one person animation crew presents

Miliki Koleksi Peribadi Novel, Lukisan dan Komik beserta CD Animasi

Email to



Abol_840625@yahoo.co.uk







Berkongsi pelbagai hasil karya seni dan grafik. Blog ini akan membawa anda menjelajah bersama One Man Studio ke alam seni grafik dan animasi Fantasia Lagenda Timur. Disini, anda juga akan berkongsi dengan pelbagai pengalaman menarik One Man Studio sepanjang usaha saya menghasilkan animasi ini. Anda jua dapat miliki koleksi lukisan peribadi, potret dan kad elektronik. Hantarkan permintaan anda kepada email ini. Anda juga boleh menulis cerita pendek / melakarnya untuk direalisasikan menjadi animasi yang menarik khas untuk anda dan ditujukan kepada individu tertentu.



Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Komik One Man ; Bila Kita Bukan Orang Yang Berduit











Assalamualaikum wbt

1. Sejak hujung April lalu, saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja berkaitan animasi Fantasia Lagenda Timur sebab software yanf dipesan tidak dapat dihantar. Bagaimanapun, awal Mei baru-baru ini, ia telah dapat diatasi dan Insyallah, akan ada update terbaru untuk scene Fantasia Lagenda Timur ini nanti.


2. Untuk mukadimah One Man Studio pada bulan Mei 2010 ini, kita bercerita tentang 'takda duit'. Ha, ini penyakit yg selalu dihidapi oleh golongan muda bujang, student, dan mereka-mereka yga bekerja makan gaji...tapi gaji kecik.


3. Sesak takda duit ini bukan setakat terasa di area perut,tapi hampir satu badan sampai mendatangkan sakit kepala yang dasyat. Kita akan menjadi lebih teruk apabila ada 'hutang' yg perlu diselesaikan bulan ini atau dalam waktu terdekat, macam hutang kereta ke, umah sewa ke takpun utang dengan kengkawan.


4. Bagi student, biasanya mak ayah dan keluarga akan menjadi mangsa tagihan..itu dah suatu kemestian memandangkan student memang takda kerja lagi. Tapi, alternatif ni hanya berkesan jika mak ayah dan keluarga adalah dikalangan yang 'tak kesempitan'...untuk yang tak termasuk kategori ni, memang menderita la sket...


5. Untuk mereka yang makan gaji plak, tentunya dah takda tempat mengadu...bajet lari adalah diantara penyebab utama kesesakan duit. Ataupun, kita memang sentiasa berpoket kering..Satu2nya alternatif adalah poket kawan-kawan serumah atau sekerja. Pinjam duit depa dulu untuk cover kali ni. Nanti dah ada duit, ganti balik, jangan lupa plak. Bukan apa, besok-besok, kalau sesak, senang nak mintak pinjam lagi..hehe


6. Menjadi mereka yang tak berduit, memang payah. Terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan pandangan serong orang sekeliling. Sebabnya, disekeliling kita semuanya memerlukan duit...bila duit banyak, kita takkan takut untuk kesana dan kesini, asal jumpa ja benda yg kita nak, confirm dapat beli. Ada problem sket kat keta, bila-bila masa bleh repair..tukar itu ini.

7. Nak jadi kaya plak, kena usaha yang banyak dan kerja keras. Ada orang, duduk dalam ofis,goyang kaki, curi tulang sket, main intenet, buat report ala kadar...lekeh ja..siap,hantar, pukul 5 tutup pejabat, 420 dah bersiap nak balik, pastu...dapat masuk poket dalam RM2500 ke RM 3000 sebulan...sebab mungkin kelulusan degree ka...diploma tinggi sket ka....


8. Ada orang yang keja dari jam 7 pagi sampai 7 malam...pastu berdiri naik lenguh kepala lutut untuk dapat pulangan RM 1500 ke RM 1800 je sebulan, sebab jadi pekerja kilang...kelulusan kecik ja...buat OT pun dapat tambah 300 ke 400 ja...itu pun kalu dapat OT...


9. Kadang-kadang, hakikat ni yang membuatkan orang menceburi bidang perniagaan. Tapi, untuk berjaya, kita memerlukan kecekalan dan keberanian yang tinggi, sebab dunia perniagaan memerlukan persaingan dan kepantasan merebut peluang. Satu lagi halangan yang besar untuk menjadi mereka yang berduit.


10. Pilihlah dan usahalah yang terbaik, asalkan rezeki yang kita cari itu halal. Insyallah,walaupun hari ni gaji kita RM 1000, takpun 3-4 ratus ja sebulan...kalu kita sentiasa berdoa dan berusaha dengan cara yang betul...kita tidak akan keputusan rezeki malah akan rasa ia semakin bertambah. Teruskan usaha dan selamat berjaya.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment