OneMan Studio Tm

OneMan Studio Tm
The one person animation crew presents

Miliki Koleksi Peribadi Novel, Lukisan dan Komik beserta CD Animasi

Email to



Abol_840625@yahoo.co.uk







Berkongsi pelbagai hasil karya seni dan grafik. Blog ini akan membawa anda menjelajah bersama One Man Studio ke alam seni grafik dan animasi Fantasia Lagenda Timur. Disini, anda juga akan berkongsi dengan pelbagai pengalaman menarik One Man Studio sepanjang usaha saya menghasilkan animasi ini. Anda jua dapat miliki koleksi lukisan peribadi, potret dan kad elektronik. Hantarkan permintaan anda kepada email ini. Anda juga boleh menulis cerita pendek / melakarnya untuk direalisasikan menjadi animasi yang menarik khas untuk anda dan ditujukan kepada individu tertentu.



Search This Blog

Tuesday, April 27, 2010

Melukis potret 4 ; (Melukis muka baby yang comel dan halus)


Assalamualaikum wbt


Memandangkan CD software yang dipesan tak juga sampai-sampai,kegiatan di One Man Studio diteruskan dengan melukis potret lagi.Kali ini, saya cuba membuat lukisan potret seorang bayi berusia 8 bulan (sekarang,ketika gambar ni,berusia 5 / 6 bulan rasanya). Namanya Lutfillah Nabihan, anak kepada abang kedua saya.


Lutfillah atau nama panggilannya Lutfi merupakan baby yang sangat murah dengan senyuman. Kemana-mana saja, asal ada orang yang menatap wajahnya,ia akan membalas dengan senyuman. Sekaligus membuat hidup anda pada hari berkenaan ceria walaupun sebelumnya anda tidak terlalu gembira.


Baby Lutfi ni sangat suka didukung dan sangat cepat mempelajari sesuatu. Sifat ingin tahunya tinggi dan dia sangat berani mencuba. Ia akan bersungguh2 mencuba setiap langkah, bermula dari menggapai sesuatu,menggenggam,meniarap,merangkak hinggalah kini ia sudah mula bertatih dan berkata-kata. Sungguh unik kelahiran seorang cahaya mata.


Dalam melukis potret Lutfi, kelembutan gaya lukisan dan kehalusan sentuhan seni amat diperlukan.Saya akui,disini, cara lukisan saya masih belum mampu memberi hasil yang sebenar dalam menggambarkan wajah baby Lutfi ini. Sesungguhnya ciptaan Allah swt itu begitu sempurna dan tiada apa yang dapat menandingi kekuasaanNya.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment