Assalamualaikum wbt
Terfikir juga One Man Studio untuk menerangkan apakah maksud logo kami. One Man membawa maksud 'satu orang'. Ia tiada kena mengena dengan konsep 1 Malaysia kita. Walaubagaimanapun, One Man studio amat memberi sokongan kepada mana-mana konsep baik demi rakyat yang dibawa oleh mana-mana pemimpin negara tidak mengira batas ideologi politik.
Bak kata pepatah...'buang yang keruh, ambil yang jernih'...Tidak ada siapa yang sempurna,namun sekiranya seruan itu untuk kebaikan, apa salahnya.
One Man bererti hanya saya saja yang terlibat dalam apa jua penghasilan daripada studio ini. Tidak kira apa jua, daripada penulisan hinggalah kepada animasi utama saya iaitu Fantasia Lagenda Timur.
Logo atau maskot seperti makhluk bertanduk itu bukanlah sebenarnya alien...tetapi adalah 'Marble'...atau bebola besi (bewarna hitam) yang bergabung dengan bulan sabit terbalik. Ia dinamakan 'Perentang waja' dalam animasi Fantasia Lagenda Timur. Ia sejenis bebola unik yang boleh berkomunikasi dengan pemiliknya.
Fungsinya adalah bertukar menjadi senjata misteri kepada pemiliknya.Bebola ini adalah 1 daripada 7 rahsia timur yang akan saudara ikuti dalam episod Fantasia Lagenda Timur yang seterusnya.
Disini, saya sertakan design terkini logo One Man Studio untuk para pengikut blog, terdapat banyak lagi cadangan design yang akan dimuat turun sebelum final design dapat saya pilih nanti.
Insyallah.
No comments:
Post a Comment