OneMan Studio Tm

OneMan Studio Tm
The one person animation crew presents

Miliki Koleksi Peribadi Novel, Lukisan dan Komik beserta CD Animasi

Email to



Abol_840625@yahoo.co.uk







Berkongsi pelbagai hasil karya seni dan grafik. Blog ini akan membawa anda menjelajah bersama One Man Studio ke alam seni grafik dan animasi Fantasia Lagenda Timur. Disini, anda juga akan berkongsi dengan pelbagai pengalaman menarik One Man Studio sepanjang usaha saya menghasilkan animasi ini. Anda jua dapat miliki koleksi lukisan peribadi, potret dan kad elektronik. Hantarkan permintaan anda kepada email ini. Anda juga boleh menulis cerita pendek / melakarnya untuk direalisasikan menjadi animasi yang menarik khas untuk anda dan ditujukan kepada individu tertentu.



Search This Blog

Friday, April 23, 2010

My Arts Against War 3 (Halau Tony Blair dan Gengnya dengan Selipar!!)





(Gambar jelas di facebook Hasbullah Mohd Hazni ; http://www.facebook.com/profile.php?id=1286434274&ref=profile#!/album.php?aid=2037602&id=1286434274&ref=mf )


Assalamualaikum wbt

Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tanggal 23 hingga 25 April 2010 ini, akan diadakan sebuah kongress yang dinamakan National Achievers Congress anjuran Success Resources, sebuah gabungan syarikat konsultasi swasta. Kongress ini bertempat di Sunway Pyramid Convention Center, Sunway City, Selangor.

Apa yang menjadi perhatian penduduk Malaysia adalah hadirnya seorang tokoh Jenayah Perang yang bernama Tony Blair ke kongress berkenaan atas jemputan para penaja gabungan berkenaan. Tindakan para pengajur yang tetap meneruskan kongress dengan kehadiran Blair adalah dilihat aktivis keamanan Malaysia sebagai tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab.


Jelas, pengajur atau gabungan para pengajur dari Malaysia ini tidak mengiktiraf kempen masyarakat antarabangsa yang diterajui oleh Malaysia (menerusi Perdana Global For Peace Organization) dalam usaha melabel Tony Blair dan Bush sebagai penjenayah perang. Kedua individu ini secara jelas adalah mereka yang menjadi dalang kepada Pencerobohan Iraq dan perang di Afganistan.




Saya tidak mahu mengulas mengapa mereka bersikap begini, tetapi yang pasti, golongan-golongan ini bukanlah mereka yang mempunyai 'hati' yang tulus dalam menjayakan wawasan negara. Mereka lebih percaya dan mengagung-agungkan 'idealisma' daripada pihak asing yang jelas bersifat penting diri dan zalim dalam mencapai cita-cita mereka.

Kita, dengan mudah dapat menganggap bahwa, para penganjur gabungan syarikat dari Malaysia ini sebagai 'penyokong tegar agenda New World Order'. Mereka juga tidak takut untuk menonjolkan wajah sebenar mereka kepada masyarakat Malaysia menerusi usaha penganjuran kongress seperti ini.

Saya juga tidak mahu menjadi seorang yang racist atau apa. Tetapi jelas sekali, para pengajur yang menyahut agenda barat ini adalah mereka yang saya lihat Pro-Singapura. Barangkali, mereka juga pro Malaysian Malaysia dan mahu negara Malaysia menjadi seperti Singapura dari segi ekonomi dan sosialnya. Wallahualam, kita berharap agar mereka tidak akan berjaya.

Kita sebenarnya tidak boleh memandang ringan kejadian-kejadian seperti ini.Mungkin ini hanyalah satu permulaan kepada beberapa lagi pengajuran program seumpamanya. Mungkin satu hari nanti George Bush pula diberi kesempatan untuk berucap dan berkongsi 'kejayaannya' dengan rakyat Malaysia seperti ini.

Saya melihat Singapura sengaja 'mengusik-usik' rakyat Malaysia menerusi agensi-agensi sekutunya di Malaysia, terutama puak-puak yang berkait rapat dengan Sunway City. Penyerapan dan penyebaran idealisme NWO dilakukan menerusi penguasaan ekonomi dan konsesi-konsesi perniagaan yang mereka taja. Motifnya adalah untuk mencampuri urusan serta kegiatan ekonomi di Malaysia.

Suatu hari nanti, jika tidak dibendung, maka hala tuju ekonomi Malaysia akan mudah dimanipulasi oleh Singapura. Saya berharap agar Kerajaan melakukan siasatan penuh dan memberi perhatian kepada perkembangan ini. Natijahnya akan terkesan kepada Melayu-Islam di Malaysia ini kerana pegangan ekonomi kita masih lemah dan kita tidak bersatu. Golongan bukan Islam dilihat tidak sukar untuk menyambut agenda luar kerana lazimnya mereka melihat kepada 'keuntungan' semata-mata, tanpa mengira halal haram sumbernya.

Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan pembaca dan seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama memberi perhatian kepada isu ini dan mengahalau keluar segala anasir yang cuba 'menjajah' kita dari luar dan dalam.

Wallahualam


No comments:

Post a Comment