OneMan Studio Tm

OneMan Studio Tm
The one person animation crew presents

Miliki Koleksi Peribadi Novel, Lukisan dan Komik beserta CD Animasi

Email to



Abol_840625@yahoo.co.uk







Berkongsi pelbagai hasil karya seni dan grafik. Blog ini akan membawa anda menjelajah bersama One Man Studio ke alam seni grafik dan animasi Fantasia Lagenda Timur. Disini, anda juga akan berkongsi dengan pelbagai pengalaman menarik One Man Studio sepanjang usaha saya menghasilkan animasi ini. Anda jua dapat miliki koleksi lukisan peribadi, potret dan kad elektronik. Hantarkan permintaan anda kepada email ini. Anda juga boleh menulis cerita pendek / melakarnya untuk direalisasikan menjadi animasi yang menarik khas untuk anda dan ditujukan kepada individu tertentu.



Search This Blog

Tuesday, April 20, 2010

Melukis Potret Semula - (Selepas 4 tahun Tidak Bergiat)

Assalamualaikum wbt..


Melukis potret bagi saya bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan ketelitian dan kemahiran asas seni yang begitu tinggi. Pelukis potret kebanyakannya mempunyai sentuhan halus dan unik sehingga potret wajah yang terhasil dapat melahirkan situasi ketika itu (Maknanya gambar itu hidup).


Di One Man Studio, prioriti ke arah melukis potret adalah yang entah ke berapa. Ini kerana, saya bukanlah mahir serta selalu melukis potret. Dahulu, waktu zaman sekolah, percubaan menghasilkan potret yang benar-benar 'menjadi' selalu berakhir dengan kegagalan. Akhirnya kertas banyak terbuang dan gambar tak pernah siap. Sejak daripada pelbagai kehampaan itu, saya jarang-jarang mencuba lukisan potret.


Namun,dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sambil membuat karya-karya animasi dan kartun, saya mula berjinak-jinak dengan Karikatur. Beza lukisan karikatur dan lukisan potret bagi saya adalah potret -menyamai muka dan keadaan sesuatu gambar. Tetapi karikatur, yang penting adalah lukisan itu mirip wajah seseorang yang kita gambarkan. Karikatur lebih kepada mengolah apa ciri-ciri penting pada wajah yang membuatkan seseorang itu dikenali.


Jadi, hasil gabungan teknik karikatur yang saya jelajah sendiri dan potret, akhirnya saya dapat mencari penyelesaian kepada masalah saya dalam melukis potret. Cuma sedikit kelemahannya, lukisan potret yang terhasil, tidaklah sesempurna seperti teknik melukis potret yang klasik.


Bagaimanapun, saya berasa gembira kerana telah berjaya juga menghasilkan beberapa lukisan potret yang dahulunya agak mustahil untuk saya sempurnakan.


Wallahualm

No comments:

Post a Comment