Kali ini, My Arts Against War akan memperkatakan tentang United Nation (http://en.wikipedia.org/wiki/UN) dan kejadian Genocide bernama Holocaust (http://en.wikipedia.org/wiki/The_Holocaust#Homosexuals) yang didakwa oleh Yahudi International.
(untuk imej jelas,sila lihat di Facebook, Hasbullah Mohd Hazni (photo album)
Kita mengulas dahulu tentang United Nation atau Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu. Seperti fakta yang dapat anda baca di Link yang saya lampirkan, pertubuhan ini dasarnya adalah baik dan manusiawi. Namun, jelas sekali UN bukanlah sebuah pertubuhan adil seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Saya tidak akan mengulas lanjut kerana pasti telah disentuh oleh banyak cendikiawan. Saya ingin membawa saudara pembaca kepada beberapa fakta dan kritikan tokoh keamanan terhadap PBB ini.
Antaranya adalah Tun Dr.Mahathir yang menyelar pertubuhan ini sebagai tidak menepati konsep kebersamaan apabila membenarkan wujudnya 'kuasa Vito'. Beliau menyeru agar dunia memansuhkan kesemua kuasa Vito yang dapat 'menidakkan' sebarang keputusan mesyuarat agung PBB.
Lihat Link ini ; http://www.youtube.com/watch?v=yWuDgQrl5Eo
Jelas, sebenarnya, PBB yang ditubuhkan selepas Perang Dunia ke 2 merupakan 'topeng' negara-negara bersekutu Amerika syarikat dan Britain yang 'menang' perang berkenaan melalui jalan Genocide Teragung iaitu Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 (http://en.wikipedia.org/wiki/Bombing_Hiroshima). Keseluruhan yang mati akibat pengeboman itu, baik masa pengeboman berkenaan ataupun beberapa tahun kemudian adalah kira-kira 270,000 orang. Apakah ini bukan dinamakan 'jenayah Perang'?? Jika benar, mengapa Amerika dan sekutunya tidak didakwa??
Dunia mengetahui,tetapi hakikatnya, bermulalah saat 1945 ini sebagai titik Penjajahan Baru yang berskala luas. Ini seperti yang dinyatakan oleh John Birch Society pada tahun 1959 yang menganggap penubuhan UN adalah untuk mewujudkan 'One World Government'. Sebenarnya, cerita mengenai agenda One World Government ini amat panjang. Saya tidak dapat menulisnya disini, apa pun ia mempunyai kaitan dengan Freemasonry,Illuminati, Zionisma dan beberapa lagi 'jentera' rahsia yang dicipta oleh kaum Yahudi. Link berkenaannya dapat dilihat seperti berikut;
Freemasonry ; http://en.wikipedia.org/wiki/Freemason ,
Illuminati ; http://en.wikipedia.org/wiki/Illuminati
Zionisme ; http://en.wikipedia.org/wiki/Zionism
Ada banyak lagi, tapi cukuplah dahulu dengan cuba memahami tiga 'jentera' besar ini. Walaubagaimanapun, Link Wikipedia ini tidaklah seratus peratus boleh digunapakai, tetapi adalah satu permulaan yang berguna bagi kita yang ingin mengetahui mengenai agenda berbahaya Yahudi disebalik Kekacauan dunia hari ini.
Sebagai umat Islam,kita perlu mengkaji dan mengenal siapakah musuh sebenar kita. Barulah kita dapat mengatur strategi dalam menghadapi mereka. Kegagalan kita memahami agenda yang dinamakan New World Order ini, akan hanya mengundang padah serta kehampaan berpanjangan dalam menegakkan syiar Islam.
Ini kerana, Freemasonry,Illuminati dan Zionisme sebenarnya 'hidup' dan 'wujud' sejak zaman Isa Al-masih lagi (dari segi ideanya). Ini dinyatakan oleh seorang penulis dan profesor Al-azhar bernama Dr.Abdullah Al-Thail dalam bukunya bertajuk Judzur Al-Bala (Yahudi ; Penghancur Dunia). Bayangkan bahwa agenda ini telah direncana begitu lama, sebelum datangnya Rasulullah saw lagi. Ironiknya, ia diceritakan dalam Alquran dan Sirah Nabawiyyah untuk memberi Peringatan kepada kita.
Cerita-cerita tentang pengkhianatan Yahudi kepada Allah swt dan Rasul-rasul utusannya, semuanya berkaitan dengan golongan-golongan ini yang hari ini menghidupkan diri serta menonjolkan diri sebagai Freemason,Illmunati dan Zionis....Mereka semua adalah sama, iaitu golongan Yahudi yang diceritakan dalam Alquran.
Justeru,umat Islam mempunyai 'kunci' yang lebih dominan untuk mengatasi Yahudi hari ini..iaitu dengan kembali kepada Sunnah dan Alquran...bukan setakat dibibir, tetapi merealisasikan dengan Iman dan Amal.
Insyallah,jika kita semua sentiasa bersatu hati...mengenepikan 'politik kepartian' yang sebenarnya ciptaan agenda Yahudi juga....kembali kepada sebenar-benar Islam...Maka, kejayaan yang dijamin Allah swt akan dapat kita kecapi bersama.
Wallahualam
assalamualaikum wm wt. saya sejiwa dgn sdr berkenaan dgn yahudi laknatullah ini. semasa meneliti perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW, kaum ini ketara sekali sifat musuhnya dan boleh dikatakan tidak ada musuh Rasulullah yg bersifat begitu. mrk sangat licik dan bergerak di belakang tabir. apa saja taktik jahat dan kotor ada pd mrk. mrk menguasai byk ilmu dan pengalaman yg tidak tercapai oleh kebanyakan manusia. menyesal tidak ada dlm kamus hidup mrk. degil begini tidak terdpt pada kebanyakan manusia. mrk mengutip ilmu dan pengalaman semata2 utk mencapai impian nafsu jahat iaitu ingin memerintah dunia ini dgn cara dan fahaman buruk dan keji mrk. jika kita ingin menegakkan ummah islamiah yakni ummat yg selamat, mrk ingin menegakkan kerajaan dunia yg menghuru-harakan bangsa2 dan agama2 selain bangsa dan agama mrk. mrk amat bernafu dan berselera dlm merealisasikan impian nenek-moyang mrk ini. kelihatannya Allah bagaikan membenarkan impian mrk tercapai di akhir zaman ini sebagai peristiwa penuh hikmah. di antara hikmahnya, perjuangan Islam tidak boleh dibiarkan malap, lebih2 lagi jika dibiarkan padam. justeru itu, telah dan sedang lahir pejuang2 kebenaran sepanjang zaman. sesetengah drp mrk tlh mencapai syahid akbar atau syahid agung. namun kebanyakan pejuang kebenaran selama ini tidak dapat berdepan secara 'direct' dgn yahudi laknatullah ini melainkan dgn buah2 catur mrk. namun, tidak lama lagi ( atas keyakinan saya ), pejuang2 kebenaran akan berdepan dgn pejuang2 yahudi yg 'totok' ini. mrk berani krn ada suntikan semangat pemimpin yg dijanjikan utk mrk iaitu raja mrk. raja mrk ini paling agung mengatasi pemimpin2 dunia termasuk presiden mrk sendiri. pd kita, raja yahudi ini ialah dajjal yg disebut2 iaitu dajjal almasih. layaklah kaum jahat dipimpin oleh si jahat. di pihak kita, imam almahdi dan nabi isa as lah buku dan ruas kpd kejahatan besar dajjal almasih dan yahudi laknatullah ini. pertemuan buku dan ruas ini adalah perancangan Tuhan supaya manusia sekelian boleh menjadi saksi siapa2 yg Tuhan beri anugerah besar di hari perbicaraan kelak. begitu juga mrk yg diberi azab dgn siksa yg maha pedih. Tuhan mahu Dia dilihat Maha Adil. tidak ada sesiapa yg Tuhan aniayai. kelak, yg ke syurga memang patut ke syurga, tak dpt dibantah dan dibetah oleh ahli neraka. begitu juga ahli neraka, setelah dihukum, mrk tidak berkata apa2 lagi kerana mrk tahu apakah kesalahan mrk semasa di dunia dahulu. walhasil, Tuhan sudah katakan, 'apakah kamu tidak berfikir?', 'apakah kamu tidak berakal?', dsbnya. dlm membicarakan yahudi ini, saya lebih bimbang dgn kita yg sudah ramai tewas hanya dgn pejuang mrk yg bertaraf prebet dan koperal saja. berapa ramai org kita di lokap, penjara, pusat serenti, rumah asuhan, kelab2, disko2, pub, dangdut, dsbnya. pergaulan bebas, zina, dadah, dan 1001 mcm perkara lagi adalah jerangkap samar yahudi yg mengena org2 kita yg bukan sedikit jumlahnya. pastinya ada jln keluar drp semua ini tp kelihatannya tinggal teori saja. teori agung dan suci tp sudah dipandang sepi dan tidak dipeduli. Tuhan tidak rugi tp yg rugi ialah kita. pernah terfikir di benak saya: alangkah baiknya klu yahudi tiada di maya pada ini. tp bukan itu yg Tuhan mahu. Tuhan mahu yahudi ada diizinkan mrk bermaharaja lela sebagai cubaan besar ke atas keimanan dan ketaqwaan kita. mrk benar2 menggugat keimanan seluruh muslimin. yg selamat hanya yg beriman dan bertaqwa. wallah wa'lam.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam wbt
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pandangan saudara. Kekuatan janaan iman dan takwa umat Islam hari ini begitu lemah sekali. Umat kita terhimpit dengan pelbagai kekeliruan,kesesatan, kemungkaran dan perpecahan. Kita gagal menanggapi segala rancangan busuk Yahudi pada setiap cabang kehidupan kita.Yahudi ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw sebagai 'syaitan' dikalangan manusia.Ertinya, mereka ini saling tak tumpah seperti syaitan sifatnya, iaitu cuba menghancur dan menyesatkan manusia dalam apa jua aspek kehidupan mereka.
Daripada zuriat,nasab atau keturunan (dengan menganjurkan seks bebas,agenda pornografi) hinggalah kepada apa yang kita makan sehari-hari (makanan-makanan produk mereka). Daripada celik mata, hinggalah ketika kita sewajarnya melelapkan mata (menggalakkan non stop entertainment).
Kita sebagai umat Islam sebenarnya tidak boleh lalai dalam menghadapi Yahudi sama seperti kita tidak boleh lalai dalam menghadapi syaitan. Saya bukanlah terlalu obses dan racist terhadap Yahudi, tetapi, hakikat ini perlu kita jaga dan berhati-hati. Kerana, selain syaitan, kaum Yahudi lah yang paling banyak disentuh serta diceritakan di dalam al-quran.
Tentu ada sebab yang signifikan Allah swt dan para Nabi banyak menyentuh perihal kaum ini. Bagi saya, mereka telah melepasi batas manusia biasa, iaitu kepada peringkat 'cuba bermain akal' dengan Tuhan.Hanya umat Islam sahaja yang mampu berdepan dengan Yahudi sekiranya kita kembali kepada Alquran dan Sunnah.
Buktinya, Rasulullah saw telah berjaya melaksanakannya,begitu juga para khulafa Ar-rasyiddin yang mempertahan sunnah serta beberapa sejarah agung Islam yang menyusul seperti Sallehuddin al-ayubi dan Mohamad Al-fateh.
Moga kita sentiasa diredhai Allah swt dan diberi petunjuk olehNya.
Wallahualam.