OneMan Studio Tm
The one person animation crew presents
Miliki Koleksi Peribadi Novel, Lukisan dan Komik beserta CD Animasi
Abol_840625@yahoo.co.uk
Berkongsi pelbagai hasil karya seni dan grafik. Blog ini akan membawa anda menjelajah bersama One Man Studio ke alam seni grafik dan animasi Fantasia Lagenda Timur. Disini, anda juga akan berkongsi dengan pelbagai pengalaman menarik One Man Studio sepanjang usaha saya menghasilkan animasi ini. Anda jua dapat miliki koleksi lukisan peribadi, potret dan kad elektronik. Hantarkan permintaan anda kepada email ini. Anda juga boleh menulis cerita pendek / melakarnya untuk direalisasikan menjadi animasi yang menarik khas untuk anda dan ditujukan kepada individu tertentu.
Search This Blog
Monday, June 14, 2010
One Studio ; Mendaftar Belajar Medic Semula
1. Nampaknya sudah hampir sebulan One Man tidak mempunyai apa-apa Update terkini tentang animasi Fantasia Lagenda Timur,baik di Youtube mahupun di blog rasminya.
2. Selain itu,komik juga tidak diupload hampir sebulan,semuanya gara-gara saya sibuk menguruskan pendaftaran semula di UniKL-rcmp (kolej perubatan diraja Perak) yang bertempat di Ipoh. Juga,kuliah semester baru untuk tahun 3 ni telah pun bermula,jadi agak sibuk sedikit.
3. Dalam masa terdekat ini,mungkin saya akan cuba upload hasil-hasil kerja berkenaan Fantasia Lagenda Timur dan beberapa komik.Insyallah.
Wallahualam
Tuesday, May 11, 2010
Komik One Man ; Bila Kita Bukan Orang Yang Berduit
Tuesday, April 27, 2010
Melukis potret 4 ; (Melukis muka baby yang comel dan halus)
Sunday, April 25, 2010
Melukis Potret 3 (Dari diari sukan) -Sebab Mengapa Aktiviti Dipenuhi dengan Melukis Potret

Friday, April 23, 2010
My Arts Against War 3 (Halau Tony Blair dan Gengnya dengan Selipar!!)
(Gambar jelas di facebook Hasbullah Mohd Hazni ; http://www.facebook.com/profile.php?id=1286434274&ref=profile#!/album.php?aid=2037602&id=1286434274&ref=mf )
Wednesday, April 21, 2010
Design Logo One Man Studio (Mencari idea baru)
Tuesday, April 20, 2010
My Arts Against War II (Seniku Menentang Peperangan) - The UN Double standard
Melukis Potret Semula - (Selepas 4 tahun Tidak Bergiat)
Monday, April 12, 2010
Sedutan Episod 1(part2) - Fantasia Lagenda Timur (Update 12/04)
Berikut adalah sambungan kepada bahagian Introscene (Mac lalu) yang telah diUpload di Link YouTube ;
Lihat Link ini ;
http://www.youtube.com/watch?v=Zgdr1Slx0gA
Novel Fantasia Lagenda Timur
Bab 1 ; 7 Rahsia Timur
---Sambungan---
Kata-kata anak muda itu kemudiannya tenggelam oleh bunyi air laut yang menghempas pantai dan batuannya. Tebing tinggi yang tersergam apabila mendongak pandangan ke langit menyebabkan sinar mentari menembusi celah-celah batuan. Kedudukan tebing yang bersambung kemudiannya dengan sebuah bukit kecil yang terpencil daripada kunjungan manusia.

Kelihatan seorang lelaki dewasa berpakaian serba hijau dengan mukanya ditutupi topeng muka yang misteri. Tubuhnya yang tegap disandarkan kepada sebatang pohon rimba yang besar. Disekeliling pohon itu terdapat rumput rampai dan lalang yang meninggi setinggi manusia yang berdiri.Nyatalah, lelaki ini hadir di sebuah tempat yang amat jarang sekali dikunjungi oleh sesiapa.

Ia bergelar Sang Keris Warisan, salah seorang panglima Kesultanan Nusantara yang telah lama bersara dan berkelana sendiri sepanjang 10 lalu. Kini, dia muncul semula di sebuah bukit terpencil yang selalu dikunjunginya sewaktu bergelar hulubalang Nusantara dahulu bersama rakan-rakan seperjuangannya. Bukit ini digelar oleh kebanyakan orang sebagai Bukit Panglima Utama, tempat pertemuan para pewaris hulubalang sejak beratus tahun dahulu.
Bagaimanapun, jumlah para pewaris hulubalang semakin berkurangan seiring walaupun usia Kesultanan Nusantara semakin hari semakin 'tua'. Keberadaan Empayar Melayu ini seakan-akan 'menelan' hilang para hulubalangnya yang suatu ketika dahulu mencecah ratusan orang. Ini kerana kebanyakan mereka ada yang meninggalkan negeri dan ada juga yang terkorban sewaktu berjuang di medan perang. Kini, hanya tinggal puluhan sahaja para pewaris hulubalang dengan hampir kesemuanya adalah daripada golongan hulubalang muda.
Para hulubalang lama yang digelar Hulubalang Tua(masih berkhidmat dengan Sultan) hanya terdapat 4 orang sahaja. Mereka diketuai oleh Laksamana Ulung sendiri, Penjulang Nusantara, Tongkat Alam dan Sang Waja Utama. Sang Keris Warisan telah bersara dan kini menjadi pendekar biasa dikalangan rakyat jelata.

Dia terus tersandar di pohon rimba yang besar itu. Matanya memandang tepat ke sebuah belukar yang berada tidak jauh di depannya. Di sebalik belukar itu terdapat sebuah lubang yang dalam, kelihatan seperti sebuah perigi buta. Sang Keris Warisan kemudian bersuara
"Sudah lama aku tidak bertemu dengan abang di bukit ini"
"Tentu ada perkara penting yang ingin abang sampaikan kepadaku"
Sang Keris Warisan telah berbicara dengan seseorang yang berada di dalam perigi mati itu. Orang itu lantas menjawab pertanyaannya

"Adik,beberapa hari lagi aku akan berlayar ke Kepulauan Ryukyu itu untuk menyampaikan amanat baginda Sultan kepada Maharaja di sana"
Lelaki tersebut berpakaian kemas seperti seorang hulubalang yang berpengalaman. Daripada suara dan kata-katanya, nyatalah dia seorang yang penting kepada Sultan. Sedikit cahaya yang masuk ke perigi mati itu menyuluh raut wajah pahlawan itu, dan dialah yang dikenali sebagai Laksamana Ulung. Seorang pejuang dan ketua hulubalang negara yang sangat hebat serta disegani di seluruh Nusantara.
"Aku ingin adik membantu para hulubalang negara kita menjaga keselamatan dan keamanan"
"Baiklah abang,aku sentiasa sedia membantu"
"Ada seperkara lagi adik"
"Apakah ia wahai abangku?"
"Adik ambillah tiga keris panjangku ini, Keris Jentayu, Keris Waja dan Keris Sang Sapurba ini. Gunalah ia untuk mendidik anakku, Tun Biajid itu dengan hikmat Jalan Pedangmu itu"
"Aku juga ingin menyampaikan sebuah rahsia kepadamu"
"Apakah itu abang?"

"Ditempat aku berdiri ini merupakan sebuah gua yang berasal daripada perigi mati"
"Didalamnya terdapat ukiran dan perkataan-perkataan yang dibuat olehku bersama seorang sahabatku suatu ketika dahulu. Pada ukiran-ukiran perkataan ini, terkandung pelbagai perkara yang tidak boleh diketahui oleh Tun Biajid itu"
Mendengar kata-kata Laksamana Ulung ini, Sang Keris Warisan mencelah lagi
"Apa maksudnya abang?Aku kurang mengerti"
Dia kurang mengerti akan perkaitan Tun Biajid dengan ukiran perkataan-perkataan itu. Sambil tertanya-tanya mengapa Tun Biajid harus dijauhi daripada mengetahui kewujudan serta kandungannya.
"Aku tidak dapat memberitahu mu pada saat ini, tetapi sekiranya sampai saat diketahui oleh Tun Biajid itu, berbagai-bagai bencana dan perkara buruk akan melanda tanahair kita ini."
"Dia itu telah kubesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatianku. Jadi, untuk saat ini, aku mahu adik berjanji bahwa adik akan memikul amanah yang aku tinggalkan ini dengan cara yang terbaik"
"Berjanjilah adik"

Mendengar permintaan abang seperguruan dan sahabat tua yang amat dihormati serta disayanginya itu, Sang Keris Warisan tanpa perasaan ragu berjanji akan memikul amanah yang diberikan dengan sepenuh tanggungjawabnya.
"Baiklah abang, janganlah abang risau, aku berjanji"
----Bersambung-----
Friday, April 9, 2010
Menyokong Program Kami Prihatin anjuran Utusan
1. Baru-baru ini akbar Utusan dan Astro telah melancarkan Program Kami Prihatin bagi membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan isu pembuangan bayi serta penganiayaan kanak-kanak yang semakin berleluasa kebelakangan ini

2. One Man Studio amat menyokong kempen ini dan menyeru agar para penggiat seni dari segenap cabang tampil aktif dalam menjayakannya memandangkan 'golongan media' adalah mereka yang paling mudah menyampaikan mesej kepada orang ramai.
3. Golongan muda dan remaja terutamanya harus mengambil berat akan isu yang melanda ini, memandangkan 'pembuangan bayi' distatistikkan berpunca daripada gejala sosial yang tidak sihat dikalangan para remaja.

4. One Man Studio kini dalam proses menyiapkan animasi serta video pendek berkenaan isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak. Nantikan kemunculannya April ini.Teruskan bersama blog ini.
Wassalam
Wednesday, April 7, 2010
Kelemahan Ketara Sebuah Studio Satu Orang.
Sudah hampir seminggu tidak ada update terkini daripada One Man Studio, bukannya takda buat apa-apa, cuma ini la kelemahan sebuah studio yang diuruskan oleh satu individu...tak cukup tangan nak manage bab2 blogging atau website apabila sibuk menyiapkan artwork.
Apa-apa pun kepada para sahabat yang sudi menjadi follower blog Fantasia Lagenda Timur ini, diharap agar dapat terus mengikuti perkembangan terkini dan terus berkongsi idea kreatif anda. Sekian Terima kasih.
Tuesday, March 30, 2010
My Arts Against War (Seniku Menentang Peperangan) - 31/03
Peperangan adalah suatu jenayah. Mana tidaknya, dalam dunia yang penuh dengan kemajuan intelek serta asimilasi maksimum peradaban hari ini, peperangan, gocoh, gaduh, bertumbuk, melempang...semua yang berunsur ganas ini, bolehlah dianggap sebagai 'jalan kuno' yang telah lama ditinggalkan untuk menyelesaikan sesuatu perseteruan.


Dalam Islam, peperangan sebenarnya tidak pernah berlaku. Apa yang terjadi pada zaman Rasulullah saw dan para sahabat adalah suatu tindakan fitrah mempertahankan diri dan menyalurkan bantuan kepada pihak serta mereka yang memerlukan. Islam adalah rahmat sekalian alam.
Kerajaan Islam sebenarnya melibatkan diri dalam peperangan apabila ditekan sekerasnya oleh musuh dan kebanyakan yang dinyatakan dalam sejarah sebagai 'penaklukan' adalah tidak benar. Islam tidak menakluk, sebaliknya Islam lebih banyak 'dijemput' untuk mendatangi sesuatu daerah dengan berbekalkan kekuatan tentera.
Masyarakat Islam adalah pedagang dan pendakwah. Masyarakat Islam juga mengajar tamadun kepada semua tempat yang dikunjunginya. Islam bukan pengganas. Buktinya, Islam subur di Timur dengan jalan kemanan dan dakwah. Tidak ada pertumpahan darah dalam penyebaran Islam.
Peliknya, di barat pertumpahan darah berlaku, seperti di Sepanyol,Turki dan beberapa tempat lagi.Mengapa?? Ini kerana cara hidup masyarakat barat ketika kegemilangan Islam, yang mana mereka begitu mundur dan tidak bertamadun. Mereka berada dalam 'darkness ages' iaitu zaman kegelapan, dimana berlaku penguasaan gereja ortodoks ke atas pemerintahan dan masyarakat. Mereka menjadi pengamal sihir-sihir hitam, pemakan manusia dan tidak mempunyai struktur masyarakat yang rapi.
Keadaan barat di era kedatangan Islam adalah lebih buruk berbanding di Timur. Para cendikiawan yang masih tersisa di barat, telah mempelawa kedatangan Islam dengan pelbagai utusan surat kepada kerajaan seperti Abbasiyyah dan kerajaan-kerajaan Islam di Afrika. Mereka memohon agar diselamatkan daripada kekejaman dan kezaliman pemerintah mereka yang tidak berkesudahan. Mereka tertarik dengan kemajuan dan ketamadunan yang diajar oleh baginda Rasulullah saw dan berharap agar Islam dapat menaungi mereka.
Kerana itulah terjadinya kedatangan Islam ke wilayah-wilayah Eropah seluruhnya dan wujudnya kerajaan-kerajaan Andalusia serta Turki di Istanbul. Ia bukan penjajahan serta penaklukan yang menzalimi penduduk tempatan.
Islam came to install the truth without any force. Malah, kehadiran Islam dengan bala tentera hanyalah 'to install fear' kepada mereka-mereka yang membenci kebaikan serta keamanan. Tentera Islam menjadi role model ketika itu, dengan sifat toleran dan tidak mencederakan golongan tua, kanak-kanak, perempuan serta mereka yang lemah.
Malah, kehadiran Tariq Bin Ziyad ke Andalusia dan bala tenteranya yang menyusul, disambut dengan sorakan serta kegembiraan penduduk Sepanyol ketika itu. Mereka sendiri menunjukkan tempat persembunyian tentera-tentera Norman yang memerintah mereka sebelumnya.
Sungguh, hari ini, generasi Islam sendiri banyak yang tidak faham akan hakikat sebuah Kuasa Islam dan kesempurnaannya. Apabila 'diputar belit' oleh kafir yang mengatakan 'Islam juga menakluk,jadi samalah dengan kuasa-kuasa lain'.....kita terdiam dan tidak tahu apa nak dijelaskan.
Sejarah kegemilangan Islam inilah yang dikaji oleh para Masonik dan Illuminati untuk menunjang kekuatan barat selepas kemunduran Islam yang berlaku akibat perpecahan dan permusuhan dalaman.Mereka mengkaji Sirah dan Alquran untuk mencari rahsia kejayaan Islam.Akhirnya mereka ubahsuai untuk menjadi kekuatan mereka demi menjana idealisme kejahatan dan kemungkaran.
Hari ini, mereka datang lagi dengan New World Order.Kononnya nak bawa hak asasi manusia, keamanan dan tamadun dalam konteks sebenar. Tetapi hakikatnya mereka membawa konteks serta falsafah yang menguntungkan mereka semata-mata. Apakah mereka tidak takut dengan kebangkitan Islam???
Tidak, mereka tidak lagi gentar...Kerana mereka lebih licik memahami Islam, sejarahnya dan masyarakatnya berbanding orang Islam sendiri. Mereka cuma perlu memutarbelit fakta Islam dan Alquran, lalu kita semua percaya 'bulat-bulat'. Akhirnya lahirlah golongan Islam yang terlalu radikal dan terlalu liberal sekular dikalangan masyarakat Islam. Jadi, mana mungkin Islam akan bangkit dengan generasi seperti ini??
Terkini, mereka sedar akan Wasatiah dalam Islam, iaitu bersederhana. Suatu konteks serta falsafah Islam yang semakin berkembang. Dan mereka kini melancarkan agenda Islam Moderate yang disampaikan oleh 'anak-anak suruhan' mereka di negara-negara Islam. Berhati-hatilah kita akan ancaman mereka ini, kerana sasarannya adalah golongan pertengahan generasi Islam.
Wallahualam
Sunday, March 28, 2010
Program Belajar Animasi Ikut Cara One Man Studio (28 /03)
Lihat Link Video ini ;
http://www.youtube.com/watch?v=BJd_i0MN2rY
Setiap studio animasi mempunyai teknik dan cara tersendiri dalam pembikinan produk animasi mereka. Disini, saya menggunakan teknologi paling minimal dan yang paling klasik. Kebanyakan pengusaha animasi dah pun tinggalkan cara ni. Sebab cara ni sangat lambat.
Bagaimanapun, dengan sedikit modifikasi, One Man Studio telah berjaya mengurangkan kadar masa yang panjang untuk menghasilkan animasi dengan teknik ini. Kunci yang paling penting adalah 'bank animasi' One Man Studio.
Bank animasi ini mengandungi pelbagai tone warna,pelbagai jenis grafik dan sistem grid untuk pergerakan yang biasa dilakukan seperti berjalan,berlari dan lain-lain.
Teruskan mengikuti blog ini untuk program-program selanjutnya.Insyallah
Wallahualam
Saturday, March 27, 2010
Sedutan E-Komik Humor ; 28 / 03 - Doktor Jadi-jadian (Gelak Diam-diam)





Sedutan E-Komik Humor ; 27 / 03 - Pencuri Malam (Gelak Diam-diam)
Berikut adalah sedutan daripada E-Komik saya



Terdapat bermacam-macam gaya dan teknik yang digunakan oleh mereka yang mempunyai hobi atau profesi mencuri atau merompak atau pecah rumah....tak kurang juga yang 'bare-hand' punya pencuri, biasanya si 'juncky' alias penagih sepenuh masa yang dah tak rasional dek dadah.
Mencuri hukumnya haram dan mengikut hukum Islam, si pencuri jika didapati betul-betul mencuri kerana ingin menganiaya serta berkhianat atas hak orang lain...maka hakim perlu menjatuhkan hukum 'potong tangan'. Sebagai contoh,sorang mamat ni dah memang kaya, dan bleh mencari pendapatan lain berdasarkan keadaannya, tapi nak jugak 'mencuri' samada secara mata kasar menjadi pencuri atau 'mata halus' (yakni menipu dengan niat mencuri harta orang).
Dalam zaman Umar Al-Khattab dahulu, menurut sirah sahabat, pernah dihentikan sementara perlaksanaan hukum hudud potong tangan ini kerana terdapat suatu ketika negara Islam berada dalam kekurangan dan kemiskinan meningkat.Khalifah khuatir kecurian yang berlaku akibat keadaan yang terhimpit.
Di zaman sekarang, para penerima rasuah dan mereka yang salah guna kuasa untuk 'mengkayakan' puak-puak mereka juga boleh dikategorikan sebagai 'perompak' dan 'pencuri' harta rakyat / negara sendiri.
Jangan terkejut, walaupun kita sebagai Guru sekolah, tapi nak bagi anak sendiri dapat 'biasiswa' tertentu yang ditawarkan, kita guna 'orang dalam' walaupun sebenarnya tanpa 'merebut' biasiswa atau bantuan pelajaran tu pun sebenarnya, anak kita tetap bleh belajar. Tapi dek kerana 'tak mahu bersusah keluar duit'. Kita 'rampas' sesuatu yang bukan hak kita.
Kita bleh tunjuk data 'atas kertas' yang anak kita layak. Tetapi Allah swt tahu hakikat niat dan pengkhianatan yang kita lakukan. Haa...tu sebab la anak jadi tak dengar cakap, mudah ikut benda-benda buruk, tak pun duit rasa tak pernah cukup-cukup. Makin banyak duit makin tamak...Ni suatu contoh Allah swt benci dan murka atas mereka yang bergelar 'penipu', pencuri dan semua yang bersabit dengannya.
Wallahualam
Friday, March 26, 2010
The East Broadcasting East Programme (Updates)
Definition
- The East Broadcasting East (EBE) is a campaign about Media Interactive Programme that encourage the individuals, groups of people and media company of the east to broadcast anything about 'east' themselves. In order to overcome the domination of interactive media by the west.
- This is also due to the globalisation concept which introduced by the western block in every sector not excluding the media interactive sector. However, we found that this concept was used to the benefit of spreading the west propaganda rather than the east elements.
- We do not demand that the east elements should be more than the west, but let it be fair that both elements are introduced to the world for good. Things become even worst as many of the west media company and even movie makers like Hollywood implicate bad perspective towards the east elements such as culture,history and muslims.
- This campaign (EBE) objectives is to correct any wrong perception by people around the world regarding many important elements of the east, especially the part which the western blocks always ignore, discriminate and even demonised.
- The EBE campaign try to bring the meaning of 'only we know the truth of us'. The east also as civilized as the west. So, we couldnt let the west judge our 'porridge' through thier domination of media,films,cartoons and other interactive source.
- At the first level of this campaign, we found out that the Animation and cartoons have become the effective tools in correcting the wrong perception. It is due to this media which believe to be the closest medium to make our message heard, as it is 'friendly' to people. Animation and cartoons also attract many young generation as these are the important source of idealisme and intelligence of our future.
Thursday, March 25, 2010
Sedutan E-Komik Humor (Gelak Diam-diam)



Wednesday, March 24, 2010
Perkembangan Animasi (25 March 2010)

Intro-Scene ; Episod 1 ; 7 Rahsia Timur
Video ini ;




Fantasia Lagenda Timur (Salam Perkenalan)

Blog Fantasia Lagenda Timur ini disediakan khas untuk mengetengahkan Animasi sulung OneMan Studio, hasil inisiatif saudara Hasbullah Mohd Hazni (B.Sc (hons) dalam usaha memperkenalkan lagenda Melayu menerusi animasi
Ia adalah selaras dengan Program East Broadcasting East yang dimulakan kempennya sejak 2 bulan yang lalu. Program ini bertujuan mengetengahkan idealisme sebenar masyarakat timur dan identiti serta gambaran sebenar tentang kehidupan /kelebihan masyarakat timur khususnya bangsa Melayu kepada dunia dalam bentuk animasi.
Blog ini juga tidak hanya akan memaparkan perkembangan animasi Fantasia Lagenda Timur, tetapi akan turut dibekalkan dengan pelbagai informasi terkini berkaitan dunia animasi Malaysia dan isu-isu masyarakat Melayu di serata dunia.

Blog ini juga akan membawa para pembaca blog, peminat animasi dan pendokong idealisme Melayu untuk memperhalusi kesinambungan Melayu-Islam di rantau Asia ini.